PESANAN BUAT SUAMI – Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

My comment : Sangat bersetuju. Kalau tak nak tolong ringankan beban isteri di rumah,  jangan bagi isteri bekerja dan pastikan anda mampu menafkahi keluarga anda.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

My comment : Ini tidak, waktu bercinta-cintun dulu saja, bila sang kekasih hati bercakap walaupun yang tak berfaedah atau memboringkan, sanggup mendengar dengan mata memandang dengan romantis sekali…aduhaiii…

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

My comment : Memang tak baik membanding-bandingkan…

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

My comment : Apa guna kudrat lebih Allah bagi kat lelaki kalau tak nak pakai? Jangan bagi alasan “Kerja saya kat luar rumah lebih penat dari awak yang duduk kat rumah je..” Cuba isteri takde kat rumah sehari pun cukup, rumah pasti tunggang langgang dan anda juga akan pening kepala! Apa lagi untuk suami yang nak isterinya juga turut bekerja menafkahi keluarga, please do not take advantage! Pantang betul bila ada suami yang cakap, itu memang tanggungjawab isteri, jadi isteri yang bekerja boleh cakap balik,  “Itu kan tanggungjawab abaaaaaangggggg, jadi kite tak perlu kerja yerrrrr…” Pastinya dengan nada yang ‘lembut’ dan ‘sopan’…

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

My comment ” Ade ke manusia macam ni kat dunia ni? Astagfirullah..

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

My comment : Setuju, ini membabitkan soal maruah isteri dan maruah anda juga! Seorang suami patut memelihara maruah dan keaiban isteri, begiti juga sebaliknya. Lagipun yang hobi suka sepahkan rumah ni siapa?

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

My comment : Kena saling menjaga la kalau sayangkan suami/isteri anda. Janganlah sebelum kawen je nak lawa-lawa, wangi-wangi, lepas kawen macam orang utan. Selain tu, suami kenalah luangkan waktu untuk riadah bersama isteri dan anak-anak juga. Bukannya setiap hari pun. Ini tidak, ada suami lepas kawen seolah-olah rindukan kembali zaman single dulu, asyik main dengan kawan saja. Isteri dibiarkan kat rumah. Alasannya sangat bernas – “Cuci pinggan, basuh baju, berus toilet kan kira exercise jugak! Keluar peluh jugak apa..”  Biadap betul!

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

My comment : Depan mak  yang bela hangpa dari kecik pun hangpa malu nak kentut, rendah sangatkah nilai kami para isteri di depan mata anda? Anyway, kalau hangpa tak kisah isteri hangpa kentut depan hangpa, kira okey la. Tapi kalau isteri redha pun lagi okey, dapat kumpul pahala. Ingat Allah tak kira ka…

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

My comment : Isk, isk, macam budak kecik. Macam mana isteri tak jadi suka menbebel? Dekat anak kena pesan, kat ayah dia pun kena dok pesan lagi?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

My comment : Enough saying, putau belit melilit…

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

My comment : Ada suami yang bila bercakap dengan perempuan lain, bukan main lembut, dengan lawak jenaka dan senyum sampai nampak lesung pipit tapi dengan isteri, punyalah kasar. Becitu juga sebaliknya isteri yang bercakap lemah longlai gemalai dengan lelaki bukan mahram tapi dengan suami macam haram.

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

My comment : Ada suami yang menggunakan kuasa veto sewaktu menonton tv. Isteri kena buat kerja lain kalau tak nak tengok sekali. Bukan hak isteri untuk rileks2 ni.. =l

Walaupun isteri bukanlah yang membuat keputusan, tunjukkanlah sikit anda menghargainya dengan meminta dan mendengar opinion dia jugak. Isteri akan sangat gembira bla anda tunjuk anda menghargai peranannya. Bukankah suami isteri itu saling melengkapi…

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

My comment ” No offence guys, bukakan minda, lapangkan dada, ikhlaskan hati…mana yang terasa, perbaikilah, mana yang sudah melaksanakannya, syukur alhamdulillah. Ketahuilah kami para isteri juga dahagakan nasihat dan bimbingan dari kalian…wallahua’lam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.